Friday 17 May 2013

Saya Rindu





Hyeee and assalamualaikum,first of all,i wanna wish Happy Teachers Daaaaay to all my techers,especially,cikgu Haliza,Ustazah Inayah and Cikgu Rafiza,dan hampir terlupa ustaz tajwid dan tauhid saya Ustaz Firdaus ^^.

Pejam celik pejam celik,dah bulan 5.Lagi berapa bulan je saya akan jadi BEKAS murid sekolah.Final year kan,inshaAllah,sekarang tengah mid term,tiba-tiba lepas habis jawab paper ekonomi,terasa nak pandang classmates,pandang kelas,pandang kipas,Tak tahu kenapa,entah lah,tiba-tiba,Terdektik di hati "Boleh jadi ni kali terakhir kami berjumpa,sedarkah ini kali terakhir kami semua berada di dalam satu kelas yang tak mungkin sama situasinya dengan yang lain,kami mungkin tak akan berjumpa dalam jangka masa yang sangat panjang,wallahualam,melainkan mungkin di majlis perkahwinan saya kelak :p hehehe atau mungkin juga di tahlil arwah saya,semasa saya dah tiada lagi,mungkin datang ziarah jasad saya yang tak mampu melakukan apa-apa" Kami akan bawa haluan hidup masing-masing.Kami punya cita yang tak dapat diungkap melalui kata.Kata hati 'kau tak akan ku lupa' .Hari esok mungkin lain cerita nya ?

Ya Allah,pantasnya masa berlalu,seolah rasa baru semalam kami bersua,berkenal mesra,bergelak tawa,beriang suka,menangis duka,berkongsi cerita.Dulu mengeluh penat "Bila nak habis sekolah ni ?" Keluhan kini terjawab,terasa berat menanggung beban sesalan ini.Kenapa tidak digunakan masa yang ada,kenapa kita perlu tarik muka ? Kenapa dah tak nak bertegur siapa ? Sedar tak yang kita dah tak punya banyak masa bersama,wahai kawan.Andai saya tersilap gaya,terlebih kata,ikhlas di hati,maaf saya pinta.Tapi jika itu keputusannya,saya pasti menghormatinya.InshaAllah.

Gelak tawa,usik mengusik,akan saya rindui,ejek mengejek yang mulanya dibenci,akan saya ingati,teman-teman mengisi ruang hati.Andai masa boleh diputar semula,alangkah indahnya kisah kita bersama.Hadi,Naufal,Aini,Ayan,Anis,Syda,Mimi,Ain,Dayat,Ikhwan,Ajim,Fariez,Abid,Piqa,Atyn,Alok,Pakya,Jass,Aina,Ieza,Mashi,Wany dan semua.Nama-nama ini akan saya gabungkan,menjadi sebuah cerita,yang tak mungkin dapat dicetak semula.

Trial dah dekat,spm menjelang tiba,buku jadi sahabat setia,nak bercerita masa dah tak ada,tapi tak apa,walau kemana pun kita,kalau ditulis jodoh berjumpa,tidak akan kemana.Aku sayang korang semua wahai si 'membeeeeeeerrrr' Bitaufiq wannajah ! Goooood luck,and lets do the best guys.

*Fikir 7 bulan tu lama sangat ke,Tak mengapa,saya karangkan dulu cerita kami,kelak mungkin berjumpa lagi,lain cerita bakal menanti.Ukhuwan fillah.Bless our friendship Ya Rabb.

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST