Sunday 20 July 2014

First experience (still finding a way)

Hi and Assalamualaikum ✌

Guess what ive joined usrah now,hewhewhew,i find its awkward when you kena join sekumpulan muslimahss yang obviously sopan sopan dan kau di situ kelihatan seperti seorang yg sangat tidak bermoral,sedih bukan? Ahaa but tu expectations aku je lah,sebenarnya semua bebiasa je.anyway,first tu right after akak usrah,alah apa org panggil ,naqibah kan,haa naqibah tu offer aku pergi masjid wilayah,i was like 'hmm aku nak ber jimba jimba kat pwtc alaaaa' tapi setelah difikir berkali kali dan setelah aku memujuk diri dengan sambil bermonolog 'shopping adalah pembaziran,dan membazir itu adalah perangai syaitoon',ceh ye ye je.Tak kisahlah,aku tekad nak pergi majlis ilmu ni.Dengan takde kawan nya,aku survive jela sorang sorang.

Then eh ter automatically dapat geng kat sana.Ya Allah i just met them tapi rasa macam serasi gila.Rasa taknak berpisah dah hahah k takdelah sampai macam tu sekali,tapi eee serious ah best kod dorang.Nama diorang Wafa,Alia,Afiqah dengan Syazwani.Mula mula kitorang ber saya awak,last last kau aku terus.hmm hmm hilang ketatasusilaan ._. Anyway aku ingat kitorg kitorg je yang joim rupanyaa perghh ramai nyaa orang,rasa seronok pulak bila tengok orang ramai mengimarakkan masjid.
 Then the whole day kitorang ada pengisian menarik,so okay pagi tu lepas sampai ada perasmian,lepastu ada forum ust zahazan dengan apa nama lagi sorg ustaz tu aku lupa,forum pasal taqwa ,then lepas solat zohor kitorang macam biasalah berjalan jalan tengok masjid kejap,lepas tu ada ceramah pasal gaza,time ni mata aku dah berat sangaaat dah,lepas tu aku tertidur kejap zzz,bangun bangun dah asar,lepas asar ada ceramah pastu bebas buat aktiviti masing masing.


  Tadaaaa aktiviti yang tak sah kalau tak buat ialah tangkap gambar banyak banyak (dari pelbagai sudut dan arah dan filter) and that part bila kau tak habis habis rasa 'eh masjid ni macam masjid kat Mekah kan ' when the fact is kau tak pernah pergi mekah pun,tapi instinct tu mengatakan macam masjid kat mekah,haha entah apa apa ntah aku ni ,tapi serious takde satu sudut pun yang aku rasa tak cantik dalam masjid ni,rasa tak puas bila tengok sekali je,rasa subhanallah kenapaa cantik sangat ni,rasa taknak balik cfs pun ada,sebab cfs tak secantik ini,heheh okay gurau gurau.But overall mmg masjid ni cantik sangat and aku kagum 24/7.hewhew.Lepas tu,lepas tangkap gambar semua,alhamdulillah iftooor,cuma kuciwa sikit sebab makanan habis bila turn aku dengan afiqah skuci,so share share lah,mcm ditakdirkan untuk share supaya ukhuwah itu menjadi lebih manis,wuuu ayat.Lepas solat terawih dari imam Gaza kod kalau tak silap,bacaan beliau
walaupun agak panjang panjang surahnya tapi best lah sebab bacaan dia merdu dan rasa tenang je dengar bacaan dalam solat tu,oh and haa after that kitorang pun siap siapkan diri,tidur kat masjid malam tu,port aku betul betul bawah lampu ._. ,senang sikit nak bangun malam ~ hihi

 Ni lah lampu yang aku maksudkan .
 Esoknya lepas qiam and sahur aku terjumpa dengan sorang akak ni,disebabkan keperamahan dalam diri,aku sembang dengan akak tu dalam setengah jam jugak lah,seronoknya dapat kenal dengan orang baru (sejak duduk cfs ni,agak sukar untuk berinteraksi dgn org luar) lewls .Then lepas solat subuh kitorang balik  :''( ,maka aku terpaksa tinggalkan masjid yang cantik dan sejuk ni,huhu,Alaaaa tapi tak kisahlah,aku rasa seronok sangat sebab dapat join iktikaf kat masjid wilayah ni.Walaupun sehari je tapi i can feel the calmness,ukhuwahness here.Ya Allah i feel blessed here ;) Alhamdulillah. okay so here gambar gambar yang aku sempat snap time kat sana.Sampai sini je laporan aku untuk 19/7 - 20/7 2014 ,selamaat tengok gambar yang cool kaliaan!  ^^Y








ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Tuesday 8 July 2014

Retak

Hai assalamualaikum

Alhamduillah dah genap sebulan aku duduk kat UIA PJ ni,macam macam juga cabaran,dugaan aku dah hadapi.Pada mulanya semuanya pahit,aku tak suka duduk hostel,where i have to share everything,where there's no privacy for me (need to share room) ,i got room at Mahallah Khadijah ,level 6 (where i have to bersempit sempit in lif),where i have to waited and queue up just to buy nasi campur,and ya Allah i seriously failed kawal my expenses.But yelah lama lama semuanya jadi makin baik dan aku rasa apa salahnya kalau aku cuba terima benda baru,jadikan pengalaman ni sebagai sesuatu yang mematangkan aku yang sememangnya bajet budak manja ni --''

Tapi dalam aku harungi kepahitan duduk dekat sini,ada seseorang yang senasib dengan aku,kami tak mampu nak hadapi ni sorang sorang,bezanya dia di UIA Gambang,Kuantan,aku pula di PJ.Dia selalu ada untuk aku,dan aku sebolehnya akan ada untuk dia,entah lah,mulanya aku dan dia dah berazam untuk kurangkan chat and all,since we have to focus in our study, eceh,but you know keperitan duduk hostel untuk kali pertama membuatkan kami lebih rapat,dan aku mula selesa dengan dia.

Aku juga manusia biasa,aku budak perempuan 18 tahun yang hidupnya dikelilingi kawan kawan yang ber 'crush', bf/gf,jujur aku katakan,aku tak mampu nak kawal perasaan yang sememangnya takkan bawa aku kemana buat masa ni.Bukankah hidup kita akan jadi lebih indah bila hadirnya seseorang yang faham kita seadanya. Tatkala aku sedih aku jatuh dan bangkit dia sentiasa ada untuk aku,entah kenapa aku rasa tak lengkap hari aku kalau aku tak contact dia,semua jadi makin indah,semuanya buat aku rasa bahagia n happy dan ya aku rasa takut kalau dia nak pergi jauh dari hidup akuEntah aku sendiri tak faham perasaan ini,maafkan aku duhai hati kerana sekali lagi mengizinkan kau untuk dilukai.Aku bukan tak cuba untuk lawan rasa ini,aku dah cuba tapi aku lemah.Untuk ke beribu kali aku gagal lagi.Sudah ada cinta dalam hati ini untuk dunia,aku tak rasa aku jauh dari Tuhan,aku rasa semuanya baik sahaja.Dia baik,dia suka cerita pasal kuliyah dia,ceramah2 dia,komik komik islamik dia,aku rasa dia seolah membantu aku membentuk diri.He's just cool

Hingga satu hari,dimana semuanya masih lagi indah dan dia secara drastiknya bertekad untuk pergi,aku faham niat dia,aku tahu apa maksudnya,aku tahu dia sedang perbaiki diri,dan cuba untuk menjaga batas pergaulan,mungkin sudah muncul rasa bersalah dalam dirinya,sedang dia bertegas menjaga batas pergaulan,aku ?aku tak mampu nak lakukan ini semua,aku masih leka mengejar cinta dunia,yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya.Aku sedih,hati aku retak,aku rasa kehilangan,hati aku pedih,walau sudah berkali aku menyatakan aku redha akan keputusannya,hati ini masih lagi pedih,Aku faham baik buruknya keputusan yang diambil,ini untuk kebaikan masing masing juga,cuma aku masih lagi terkejut dengan semua yang terjadi,seolah aku dipaksa untuk berhenti buat sesuatu yang sudah mula menjadi rutin buat aku.Seolah aku dipaksa melakukan sesuatu yang aku tak pernah terfikir akan terjadi pada aku.

Perlahan,dia mula menjauh dari cerita cinta dunia aku,aku sedar salah aku,salah kami,kini aku merangkak cari Tuhan,kini aku sedang bersusah payah mencantum serpihan hati yang sudah pecah semuanya,tipu jika aku katakan yang aku sudah kuat,tidak.aku masih lemah dan masih mencari erti kehidupan,sakit yang aku rasa ini biarlah menjadi pengubat dosaku,aku cuma berharap yang dia baik baik saja di sana,aku berdoa agar Tuhan sentiasa menjaga dia,aku berharap suatu hari nanti akan tiba waktu yang sesuai di mana semuanya akan kembali indah semula,Ya Allah terima kasih atas pertemuan ini,perasaan ini,sungguh aku tidak menyesal mengenalinya,terima kasih atas pengajaran yang ini,maafkan aku jika aku berkali jatuh atas sebab yang sama.Aku lemah dan masih lemah.Doakan aku bangkit.

Satu ayat yang tak mungkin aku lupa,katanya "Kalau kita buat sesuatu kerana Allah,kita takkan rasa sedih"

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST