Tuesday 12 May 2015

Malu

Salam.



Dua tiga minggu ni aku distract sangat.

Aku benci perasaan ni, susahnya bila nak bangkit balik dari kejatuhan. Sedihnya rasa ditinggalkan, rasa dibiarkan, sedih sangat. Aku rasa aku terlalu kecewa sebab terlalu percaya dan terlalu bergantung harap pada manusia, dan aku terlalu yakin dengan perancangan aku.

Aku kecewa dengan diri aku sendiri, aku malu dengan diri aku sendiri. Kadang kadang aku rasa aku tak nak rasa semua ni, tak sangkanya aku akan jadi sebodoh ini kerana perasaan yang kononnya aku rasa "cinta". Kadang kadang aku rasa aku tak layak nak berdoa minta pada Allah, sebab aku ni cuma manusia yang bila dah susah baru nak cari Allah, Allah Maha Penyayang, tapi aku rasa dah berkali kali aku sia sia kan kasih sayang Allah, bila aku nak serik ? Aku makin tak faham dengan diri aku. yang aku tahu sumpah aku malu. Walaupun perkara ni hanya aku,dia,kawan kawan aku dan Allah saja yang tahu, aku tetap malu dengan diri aku.Aku dah biarkan diri aku diperbodoh kerana perasaan. Allahu,apa aku dah buat ni ? Kadang kadang aku rasa kalau aku boleh undur masa,aku tak nak bahagia yang sementara ni.Biarlah hidup aku yang sedang sedang saja ini,aku tak mahukan perasaan yang terlalu indah, yang terlalu manis,hingga akhirnya menjadi pahit,yang pahitnya aku tak mampu nak telan.

Salah aku, aku yang pilih manusia.

 Aku tak suka perasaan ni, aku distract gila. Kejap aku rasa tenang, kejap aku rasa serba salah, kejap aku rasa marah sangat, aku rasa ditipu, rasa dipermainkan, rasa ada hikmah disebaliknya, rasa sakit, rasa segan,rasa dendam, rasa rindu , tapi pada akhirnya aku akan rasa menyesal dan aku tak tahu nak buat apa. Entah bila rasa rasa ini akan hilang.

Walaupun kini aku dah lepaskan semua,aku masih belum tenang, aku rasa kosong. Aku gelak di sepanjang hari hari yang aku lalui, aku tak sentiasa menangis meratapi apa yang dah jadi, aku ada kawan kawan yang memahami , keluarga yang kasih sayangnya terlalu tinggi, entah kenapa aku masih terbayang sekian yang memilih untuk pergi. Entah aku tak boleh membenci ,aku sakit , terkadang emosi tak terkawal,segala caci maki carutan dikeluarkan, tapi tak, aku tak dapat membenci, buat dia yg dulu hadir, moga kau elok elok saja di sana. Moga Allah sentiasa jaga.

Wallahu,aku tak tahu kenapa aku dipilih, sedang perempuan di luar sana sedang berbahagia , mudahnya mereka kecapi rasa indah tu, apa mungkin aku terlalu terburu buru, atau mungkin Allah mahu selamatkan aku . Allahu.

Aku give up. Apa saja mahu jadi lepas ini,jadilah, aku tak mahu merancang apa lagi , aku tak mahu menaruh harap lagi. Kepercayaan pada manusia aku sudah hilang yang pasti. Wahai Allah, apa saja terbaik buat aku, maka kurniakan lah , apa saja yang buruk,maka jauhkan lah. Izinkan hati ini berehat seketika, dan kali ini , letakkan pada hati ini rasa serik--pada cinta yang sia sia. Ampunkan aku kerana terlalu cinta akan manusia sedang aku lupa pada Pencipta. Izinkan aku perbaiki salahku yang ni.

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST