Sunday, 6 December 2015

Learning process and syukur.



Hi semuaaaa, lama gila tak update blog yang tersayang ni, emm i know takde siapa dah main blog sekarang ni, dan aku update ni pun sebab aku suka baca post lama lama aku.Hahaha lol, So okay, dipendekkan cerita yang sebenar benarnya, sejak umur aku 15 tahun lagi, aku teringin sangat nak jadi kak fasi (the one yang selalu guide kita masa kat kem) . Tapi tak pernah ada kesempatan untuk jadi kakak fasi. Right after masuk uni, I join a lot of camp, training camp apa semua tu, join a lot of society, just in case they need a facilitator kan. But my efforts go in vain. Selalu je ada kem yang memerlukan fasi, tapi pada masa tu aku busy dengan assignment lah, aku ada hal keluarga lah, dan aishh bermacam lah halangan. Jadi aku pun redha dan hampir terlupa akan impian aku untuk menjadi seorang kak fasi.

Until one day....

Have u ever heard, "The best things happen unplanned" . 


I was still sleeping, then received a call from my aunty, she told me " Ila, nak jadi sukarelawan tak untuk satu program ni ? i"ll give you the number and later you can call them. This is such a good program tau under ebit lew. Make sure you be a part of it" And i was like " emm haa haa " ( tengah mamai kod sebenarnya, so haa kan saje lah ) Then bangun tidur tu, I felt like, hmm join jelah, aku pun tengah cuti sem. At this time, i still have no idea what does it mean by "sukarelawan" . So i called the number given by my aunty. They said "okay, i'll give you the details about the program and please come here a day earlier before the camp start". I came to the camp site, serve the food for kids, susun bag diorang and guess what. they gave me 22 boys to look after, and AHAAAAA IM NOW THEIR KAKAK FASI !!! (they called me ustazah/teacher tho) 


So here, aku macam terkesima lah, and awkward pun ada sebab eh hello aku sedang menjalani impian aku kod, gila korang aku tak awkward dan excited. I did my best, and i used to dislike kids actually, but noooo,not anymore they are just so lovely and merepek hahahaha. Being an ustazah wasn't that easy I guess. A lot of unexpected questions such as " ustazah,kalau syurga bawah tapak kaki ibu, then what will happen kalau ibu dia takde kaki ?" .___. "kenapa kita nak kena pastikan kubur kita bercahaya, kita kan dah mati, bukannya nampak apa pun ?" 
 and a lot of stories i have to listen to, dapat pulak kumpulan yang terlebih excited, hah semua nak bercerita. I miss you guys so much weh :'> I still remember how you guys acted so sweet in the end of the camp by giving me a part of your hadiah to me. That's so sweet, i swear ! :)) Moga kalian dijaga Allah sentiasa dan menjadi anak yang soleh 

 Thank you to all seniors and fasi fasi lain :) 

(Dan di sini terdapat seorang manusia yang acah acah beruang)

Ya Allah, here I learn a lot. Walaupun nampak simple je benda ni, tapi bila direnung balik, aku belajar sesuatu. Aku belajar, Allah tak beri semua kita mahu pada saat kita benar benar mahukan ia.Walaupun kita rasa kita dah buat bermacam usaha,kita rasa mungkin rezeki itu tiada,sedangkan tidak disangka segala usaha akhirnya akan terbalas jua :) Allah beri bila kita benar benar bersedia, dan di saat kita tidak menjangka apa apa. Allah itu Maha Baik. Aku sejujurnya sedikit kecewa apabila diletakkan bersama adik adik sekolah rendah sebab aku tak berapa suka budak,diorang annoying bagi aku, tapi akhirnya aku belajar, Allah akan beri sesuatu yang kita tak suka untuk kita belajar bahawa ada baiknya di sebalik itu. Dan cukup dengan kebergantungan sepenuhnya pada Dia, semua akan jadi baik baik sahaja. Sungguh mana mungkin Allah beri yang buruk buat hambaNya. Ya Tuhan, aku bersyukur atas perancanganMu. 


ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Tuesday, 12 May 2015

Malu

Salam.



Dua tiga minggu ni aku distract sangat.

Aku benci perasaan ni, susahnya bila nak bangkit balik dari kejatuhan. Sedihnya rasa ditinggalkan, rasa dibiarkan, sedih sangat. Aku rasa aku terlalu kecewa sebab terlalu percaya dan terlalu bergantung harap pada manusia, dan aku terlalu yakin dengan perancangan aku.

Aku kecewa dengan diri aku sendiri, aku malu dengan diri aku sendiri. Kadang kadang aku rasa aku tak nak rasa semua ni, tak sangkanya aku akan jadi sebodoh ini kerana perasaan yang kononnya aku rasa "cinta". Kadang kadang aku rasa aku tak layak nak berdoa minta pada Allah, sebab aku ni cuma manusia yang bila dah susah baru nak cari Allah, Allah Maha Penyayang, tapi aku rasa dah berkali kali aku sia sia kan kasih sayang Allah, bila aku nak serik ? Aku makin tak faham dengan diri aku. yang aku tahu sumpah aku malu. Walaupun perkara ni hanya aku,dia,kawan kawan aku dan Allah saja yang tahu, aku tetap malu dengan diri aku.Aku dah biarkan diri aku diperbodoh kerana perasaan. Allahu,apa aku dah buat ni ? Kadang kadang aku rasa kalau aku boleh undur masa,aku tak nak bahagia yang sementara ni.Biarlah hidup aku yang sedang sedang saja ini,aku tak mahukan perasaan yang terlalu indah, yang terlalu manis,hingga akhirnya menjadi pahit,yang pahitnya aku tak mampu nak telan.

Salah aku, aku yang pilih manusia.

 Aku tak suka perasaan ni, aku distract gila. Kejap aku rasa tenang, kejap aku rasa serba salah, kejap aku rasa marah sangat, aku rasa ditipu, rasa dipermainkan, rasa ada hikmah disebaliknya, rasa sakit, rasa segan,rasa dendam, rasa rindu , tapi pada akhirnya aku akan rasa menyesal dan aku tak tahu nak buat apa. Entah bila rasa rasa ini akan hilang.

Walaupun kini aku dah lepaskan semua,aku masih belum tenang, aku rasa kosong. Aku gelak di sepanjang hari hari yang aku lalui, aku tak sentiasa menangis meratapi apa yang dah jadi, aku ada kawan kawan yang memahami , keluarga yang kasih sayangnya terlalu tinggi, entah kenapa aku masih terbayang sekian yang memilih untuk pergi. Entah aku tak boleh membenci ,aku sakit , terkadang emosi tak terkawal,segala caci maki carutan dikeluarkan, tapi tak, aku tak dapat membenci, buat dia yg dulu hadir, moga kau elok elok saja di sana. Moga Allah sentiasa jaga.

Wallahu,aku tak tahu kenapa aku dipilih, sedang perempuan di luar sana sedang berbahagia , mudahnya mereka kecapi rasa indah tu, apa mungkin aku terlalu terburu buru, atau mungkin Allah mahu selamatkan aku . Allahu.

Aku give up. Apa saja mahu jadi lepas ini,jadilah, aku tak mahu merancang apa lagi , aku tak mahu menaruh harap lagi. Kepercayaan pada manusia aku sudah hilang yang pasti. Wahai Allah, apa saja terbaik buat aku, maka kurniakan lah , apa saja yang buruk,maka jauhkan lah. Izinkan hati ini berehat seketika, dan kali ini , letakkan pada hati ini rasa serik--pada cinta yang sia sia. Ampunkan aku kerana terlalu cinta akan manusia sedang aku lupa pada Pencipta. Izinkan aku perbaiki salahku yang ni.

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST