Thursday, 23 October 2014

Ujian--cool okay

Allah bagi ujian pada kita dengan bermacam macam cara.

Tapi apa aku nak tekankan kat sini ialah--

Manusia yg diuji dengan kata katanya sendiri.

Biasalah,manusia imannya turun naik.Kejap kita rasa bahagia sangat,kita yakin keimanan yg kita ada mampu buat kita rasa bahagia sebab masa tu kita sediri tak hairan dengan dunia ni.Tapi iman kalau tak dijaga maka surutlah ia.Kita mula rasa serba tak kena,rasa sedih,rasa tertekan.Rasa macam Allah tak sayang kita dah ke ? 


Boleh jadi dulu kita sangat hebat dalam perdebat isu aurat,tapi akhirnya kita sendiri yang mendedahkan aurat.Boleh jadi kita dulunya begitu arif tentang isu ikhtilat dan kelak akhirnya kita sendiri yang gagal menjaganya.Dulu tak kisahlah masalah percintaan,masalah hati sahabat sahabat kita,alah kacang je kita bagi nasihat kat mereka.Ya ingat Allah,dunia ini sementara,manusia itu menyakitkan,cinta manusia itu merosakkan,akhirnya diri sendiri yang terjerumus dalam cinta dunia semata.Dulu hebat sungguh kita mengulas isu isu ini akhirnya terkena pada batang hidung sendiri.Semua perkara ini terjadi tanpa sedar dan tidak sedar.

Mak pernah cakap "Orang yang paling pandai bagi nasihat selalunya adalah orang yang paling banyak masalah".Adakah kita tidak sedar akan perkara ini ? Kita adalah apa yang kita cakap.Yelah,dah hebat sangat bercakap,dah hebat sangat dalam bagi nasihat pada orang lain,maka aku sejenak berfikir,mungkin Allah nak uji aku dengan ujian yang sama,apa mungkin aku boleh lalui atau tidak.Fikir yang positif sahaja.Mula mula memang susah untuk kita hadapi tapi lama kelamaan alah bisa tegal biasa.Allah uji kita pada kelemahan kita.Bak kata Kak Aini "Allah akan lihat di mana kelemahan kita dan di situlah Allah akan uji kita"Andai kata kita lemah dalam soal hati,maka di situlah kita akan diuji,sama juga kalau kita lemah dalam soal aurat,ikhtilat,hukum hakam dan berbagainya ;)

Allah nak tengok macam mana kita laksanakan apa yang kita pernah katakan dahulu,apa yang pernah kita nasihatkan pada orang dahulu.Nampak tak sekarang ? Apa guna hanya pandai menabur kata tanpa membuktikan apa apa. Iniah masanya,kumpulkan balik semangat yang ada.Takkan dah mengaku kalah ? Berjuanglah untuk perbaiki diri.Cari semula kemanisan iman itu.Kuatlah sepertimana kita yang dahulu *penuh semangat time taip ni,serious okay* :D

Allahu'alam.Kalau ada silap minta dimaafkan ya ibuk ibuk bapa bapa 

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Monday, 13 October 2014

Minta maaf



Makin lama makin payah kita nak discover diri kita sebab makin lama diri makin ego.Betul lah orang kata,manusia ni susah sangat nak menilai kesalahan diri sendiri,yang kita nampak hanyalah kesalahan dan kekurangan orang lain.Tak kurang juga dengan aku yang asyik nak cari salah orang sampai satu tahap dah tak ada siapa mampu tegur diri aku melainkan diri sendiri.

Maaf aku pinta pada mereka yang telah aku sakiti,maaf juga pada mereka yang mungkin follow perkembangan blog ni,entah lah.Kebelakangan ni dunia aku makin berserabut,apa yang membuatkan aku terfikir kembali tentang semua ni datangnya dari secebis perbualan yang mana aku rasa sumpah menyentapkan diri 100%.yang membuatkan aku terfikir 'betul jugak apa dia ni cakap'. 

"akak eylla ni kejap tweet suruh ingat Allah,cinta tak penting lah apa lah.Pastu dia sendiri selalu mengeluh kat twitter pasal lelaki"

Untuk seketika,aku berhenti sebentar,jauhkan diri dari semua,fikir kembali mana punca,mana salah dan silapnya,muhasabah diri,sampai bila nak harap orang lain tarbiyah kita.Pernah dengar tak satu quotes ni tak "Sometimes you have to be your own hero".

Pada mereka yang mengikuti perkembangan dan post post dalam blog ni mungkin sedar sesuatu.Back to the time when i was so tak-ambik-port-bab-bab-cintan,not even care about all those sweet thingy,all these trends, crush and all.But ya knoow,tadaaaaa,lately all the posts i posted is all about heartbroken,guys,crush and whatsoever that i never thot i ended up posted.Swallowing my pride asking for a forgiveness to all.Aku manusia biasa *sounds cliche* .Tapi betul juga,kalau saja aku boleh pilih untuk terus update post yang islamik,post yang membuatkan jiwa jiwa kalian bertambah kuat,sudah tentu aku pilih itu.

Aku tak pernah nak mengaku kesalahan sendiri,aku sering kali menyalahkan keadaan sekeliling.Namun sejenak berfikir,lihat saja ikan di lautan yang sedikit pun tidak terjejas dengan kemasinan air laut.Maka alasan aku terpengaruh dengan keadaan sekeliling adalah sama sekali tidak muasabah.

"Apa apa yang sedang berlaku pada diri kita datangnya dari perbuatan kita sendiri"

Bosan bukan dengar keluhan hati aku yang dari dulu gagal nak jadi baik.Aih,aku pun kadang kadang muak jugak dengan perangai sendiri.Tapi kalau bukan aku yang nak tolong diri sendiri,siapa lagi ? Aku percaya dan yakin dengan kata bijak pandai "Manusia yang berjaya itu bukan manusia yang tidak pernah jatuh tetapi manusia yang berusaha bangkit kembali sesudah jatuh".Jadi di sini aku nak mohon maaf pada semua,sekiranya kecelaruan identiti aku ni menimbulkan rasa "eee minah ni sumpah annoying,kejap islamik kejap heartbroken la bagai" Ye maafkan aku.Andai ada silap dan salah mohon beri teguran,sungguh aku percaya bahawa teguran itu datangnya dari Allah yang tak pernah berkurang kasih sayangNya pada hambaNya :) .Moga Allah rahmati kalian semua.Moga sama sama kita berusaha mengapai redhaNya.Doakan.



ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Thursday, 25 September 2014

End of First Sem ! Bye 829


Alhamdulillah.


Tak sangkanya pejam celik pejam celik,sekarang tinggal 2 minggu lagi,maka berakhirlah first sem aku di cfs iium Petaling Jaya ni.So sepanjang 5 bulan aku kat sini macam macam aku dah hadapi.Ya Allah aku dah besar laaaaah.Eeeee tak sangkanya selama ni aku rasa life dekat asrama sangat tak best (tapi memang tak best pun,but hey look at bright side and syukur) i survived okay.Haha.

Entah lah bila fikir balik,walaupun 5 bulan je,tapi aku dah mula nampak perangai perangai sebenar classmates aku yang mulanya pendiam,malu malu.yessss the true colors of me pun reveal jugak.Seronoknya walaupun banyak kali kitorang gaduh,banyak kali condemn each other tapi end up little things macam ni lah yang buat kita ingat each other (in dendam way) joke joke.Rindu pulak dekat ustaz Hamimi,walaupun ustaz jarang cancel class -.- tapi class ustaz tak pernah tak best,tak sangka dalam 5 bulan ni macam macam benda jadi,aku nak tukar kelas lah,nak tukar bilik lah,nangis sebab lupa baca buku esok ada quiz,berlari ke kelas sebab dah lewat,padahal takde apa pun,kelas cancel kod hari tu ._. tergelak depan kelas masa presentation lah,macam macam lah.Sempat jugak kawan kawan aku ber crush sana sini.

Dekat sini aku belajar berdikari,bangun pagi sendiri,sediakan sarapan sendiri (simple one i meant) ,belajar uruskan masa sendiri,gunakan duit berjimat cermat,i know how to control my expense now yeaay,kat sini lah kita kena jadi jujur dengan diri kita.Dulu kalau dekat rumah,tak solat emak abah bising,kat sini kalau tak solat takde siapa kisah.Tapi kena lah selalu ingat,Allah sentiasa nampak apa kita buat,malaikat maut pulak sehari 70 kali datang jenguk kita,malaikat kiri kanan apatah lagi.

Alhamdulillah,walaupun banyak dugaan,banyak tangisan di malam hari (eh?) ,tapi aku mampu juga bertahan hingga ke saat ini.Sukar juga sebenarnya nak hadapi semua ni sebab ujian silih berganti.Dengan suasana baru,dengan perangai kawan kawan baru yang kau tak berapa nak selesa,dengan heartbroken nya lagi,dengan emotional breakdown nya.Apa aku mampu cakap,aku bersyukur sangat pada Allah sebab tak biar aku pergi terlalu jauh.Biarlah cerita lama itu berlalu,maafkan saja dan lupakanlah ,mungkin apa aku rasa ni mampu bantu aku perbaiki diri menjadi yang lebih baik.Siapa tahu?Allah kan Perancang Terbaik :D

Entahlah,kalau nak cerita semua,memang tak habis lah.Apa yang aku mampu rumuskan,hidup dekat universiti ni takdelah seromantik seindah yang kita tengok kat tv,adegan terjatuh buku dan tertinggal sapu tangan sangat fiksyen okay.Kadang kadang terfikir jugak orang cakap time ni lah nak kenal kenal,konon taaruf,mana lah tahu kod dia jodoh kita ke apa,ada betulnya jugak,tapi bila fikir balik,perbetulkan balik niat tu.Ingat kawan kawan ye,kita datang nak study bukan nak cari tulang rusuk belah kiri lah apa.Stay cool and sod ba ro.

Lately,aku rasa benda benda cinta ke apa ni semua,tak payah cari kod.Kalau ada jodoh,ada lah.It will happens jugak suatu hari nanti,in unexpected way.Put all your trust to Allah.Minta Allah jagakan dia baik baik.okay okay nampaknya eylla makin seronok bercerita bab ni.

So overall,lepas study week ni,aku nak final dah.Aku sebenarnya nak bagitahu,yang aku mungkin akan jarang muncul kat social networks semua ni.Aku nak utamakan yang mana patut aku pentingkan.Aku dah belajar macam macam.Moga aku istiqomah.

Ya Allah,moga dipermudahkan segalanya buat ku dan rakan rakan ku.Moga kami dapat lakukan yang terbaik.Goodluck group 829.Jika tak keberatan minta kalian doakan jugak tau.Terima kasih,may Allah bless ;)

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Thursday, 4 September 2014

Ruginya aku

"Aku takkan online for a month"

Well,thot of not online-ing myself for a month.Kononlah~ 

Not even a day,aku dah rasa serba tak kena sebab tak online , 'alaaah aku nak kena check wassap class,nanti class cancel ke,tukar venue ke,haa' 'Eh kang kalau ada news aku ketinggalan pulak' , i came up w so many alasan.So i end up lupakan je niat tak nak online untuk sebulan.Entah lah kenapa,tiba tiba aku rasa malu dengan perangai sendiri.

emmmm

Maybe sebab aku dah attached sangat dengan social media semua ni....tapi bukan dengan Al quran? 

"You claimed yourself as muslim,but your action sometimes denied it" -Dr Alizaman,RKA lecturer. 

Betul jugak,baru sehari aku tak online aku dah serba tak kena,macam macam yang aku fikir kalau aku tak online.Sedangkan Al quran aku yang dah lama aku tak sentuh tu,aku relax je,tak rasa apa pun.Sedangkan kalau nak difikirkan balik,Al quran tu lah yang akan jadi peneman aku dalam kubur nanti,kalau aku selalu baca dia.Al quran tu lah yang akan tolong aku kat akhirat nanti.Kenapa aku up to date sangat dengan social media ni aku pun tak tahu lah.Nak difikirkan balik,takde apa pun yang aku dapat.Haih.Kalau nak di bandingkan,memang aku boleh diklasifikasikan sebagai orang yang sangat rugi.Malu kan bila Allah bagi masa 24 jam tapi tak sampai berapa minit aku spent untuk ingat Tuhan.Allah.Malu kan ?

Aku manusia biasa yang tak ada apa.kod.Yang bila diuji aku cari Dia.Yang bila aku bahagia dengan dunia aku hampir lupa mati.Aku takdelah islamik sangat,aku join usrah tapi aku tak digest apa yang disampaikan,aku masih gagal dalam menjaga pergaulan,pandangan,percakapan.Andai saja aku berurusan dengan manusia,pasti mereka sudah lali dengan aku yang asyik janji nak berubah tapi gagal berkali kali.Aku malu.



ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST