Monday 19 May 2014

Future

Alhamdulillah

Setelah lama aku tak update blog aku yang macam zzz dan suram dan semuanya lah.Alhamdulillah, setelah berbulan result spm keluar,hari ni baru aku nak update pasal result aku,aku bersyukur dengan result yang aku peroleh. Tak sia sia jugak aku tukar kelas 4 kali masa form 4 dulu, menangis siang malam keliru nak masuk teknik ke or nak stay sekolah harian. Dilema betul aku masa naik form 4 hari tu. Berkat doa dan usaha semua orang.Alhamdulillah, aku dapat 8A's 1C , C itu adalah addmaths *alhamdulillah lulus T.T

So lepas dapat result spm,apa lagi yang aku tunggu.Yep ! Result upu,di saat manusia manusia lain sedang sibuk prepare barang untuk matriks,aku pula seperti biasa,keliru "eh nak masuk matriks ke haa,bestnya perlis,sama dengan classmates aku,tapi aku nak uia,mmm" macam ni lah hari hari aku yang membosankan berlalu pergi.Masa nak apply upu lagilah, aku pilih 8 ipta dengan courses yang aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih courses tu.Sampaikan mak,akak,adik beradik aku jadi macam "Sukahati eylla lah,pilih jelah apa apa" Nampak kan diorang dah malas nak layan kekeliruan aku ._.

Setelah berkali kali aku tukar dan kemaskini pilihan courses dan universiti,tibalah hari yang ditunggu tunggu. Tadaaaaaa ! Alhamdulillah,dapat pilihan pertama, UIA, Asasi Sains Kemanusiaan.Aku budak akaun,dan hampir separuh jiwa aku tak suka akaun,hehehe so aku ambik keputusan nak lari dari sebarang nombor, ramai jugak persoalkan kenapa aku tak sambung matriks,jawapannya ialah aku tak minat akaun dan aku tak suka rushing,aku nak belajar relax relax je,pergh matriks setahun je kod,takut kecundang aku nanti ,tapi tak bermakna matriks tak bagus,matriks okay je,cuma mungkin tak sesuai buat aku yang pemalas ni.ok dah jangan bash.

Aku pilih human sciences sebab aku minat nak bercakap cakap ni,communication gitu,aku buat research nak dekat 2 3 bulan jugak lah,aku rasa human sciences ni macam seronok je,sebab ada psychology.Aku tak nak lah persoalkan tentang kerjaya dalam bidang human sciences ni,since ramai jugak yang bertanya " Human sciences tu course apa ? Kau nak kerja apa nanti ?",just go with the flow,ada kata boleh jadi motivator. Entah ,bagi aku,aku nak cuba je buat semua.Buat sungguh sungguh,tak payah fikir kerjaya sangat,habiskan belajar,minat bidang yang kau ambik,InshaAllah kau sendiri akan tahu apa kerjaya kau akan datang.Allah dah tetapkan rezeki masing masing.yang penting kau usaha lah sungguh sungguh.Hahaha sungguh aku kelihatan seperti manusia yang tak ada cita cita T.T

Tak kisahlah, sekarang ni tinggal lagi beberapa minggu je nak mendaftar kat UIA pj,tapi aku tak prepare apa pun lagi.Entah lah,bukan aku tak seronok atau tak bersyukur,cuma aku rasa tak best sebab,aku nak masuk uia dengan team kdr aku,tpi mungkin rezeki lain lain.Aku doakan satu hari nanti korang akan sambung degree kat UIA,dan nanti inshaAllah panjang umur,ada rezeki,ada jodoh kita jumpa lah.Yeaaay :D Rindunya lepas ni dah berpisah semuanya.Moga kalian di dalam lindungan Allah. Ailefyu, dan kepada kawan kawan aku yang dah masuk KPM aku doakan korang berjaya dunia akhirat,sayang semuanya . Perlis dah dekat dengan padang besar,senang aku nak order jersey lepas ni. ^^Y


ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST