Thursday 23 October 2014

Ujian--cool okay

Allah bagi ujian pada kita dengan bermacam macam cara.

Tapi apa aku nak tekankan kat sini ialah--

Manusia yg diuji dengan kata katanya sendiri.

Biasalah,manusia imannya turun naik.Kejap kita rasa bahagia sangat,kita yakin keimanan yg kita ada mampu buat kita rasa bahagia sebab masa tu kita sediri tak hairan dengan dunia ni.Tapi iman kalau tak dijaga maka surutlah ia.Kita mula rasa serba tak kena,rasa sedih,rasa tertekan.Rasa macam Allah tak sayang kita dah ke ? 


Boleh jadi dulu kita sangat hebat dalam perdebat isu aurat,tapi akhirnya kita sendiri yang mendedahkan aurat.Boleh jadi kita dulunya begitu arif tentang isu ikhtilat dan kelak akhirnya kita sendiri yang gagal menjaganya.Dulu tak kisahlah masalah percintaan,masalah hati sahabat sahabat kita,alah kacang je kita bagi nasihat kat mereka.Ya ingat Allah,dunia ini sementara,manusia itu menyakitkan,cinta manusia itu merosakkan,akhirnya diri sendiri yang terjerumus dalam cinta dunia semata.Dulu hebat sungguh kita mengulas isu isu ini akhirnya terkena pada batang hidung sendiri.Semua perkara ini terjadi tanpa sedar dan tidak sedar.

Mak pernah cakap "Orang yang paling pandai bagi nasihat selalunya adalah orang yang paling banyak masalah".Adakah kita tidak sedar akan perkara ini ? Kita adalah apa yang kita cakap.Yelah,dah hebat sangat bercakap,dah hebat sangat dalam bagi nasihat pada orang lain,maka aku sejenak berfikir,mungkin Allah nak uji aku dengan ujian yang sama,apa mungkin aku boleh lalui atau tidak.Fikir yang positif sahaja.Mula mula memang susah untuk kita hadapi tapi lama kelamaan alah bisa tegal biasa.Allah uji kita pada kelemahan kita.Bak kata Kak Aini "Allah akan lihat di mana kelemahan kita dan di situlah Allah akan uji kita"Andai kata kita lemah dalam soal hati,maka di situlah kita akan diuji,sama juga kalau kita lemah dalam soal aurat,ikhtilat,hukum hakam dan berbagainya ;)

Allah nak tengok macam mana kita laksanakan apa yang kita pernah katakan dahulu,apa yang pernah kita nasihatkan pada orang dahulu.Nampak tak sekarang ? Apa guna hanya pandai menabur kata tanpa membuktikan apa apa. Iniah masanya,kumpulkan balik semangat yang ada.Takkan dah mengaku kalah ? Berjuanglah untuk perbaiki diri.Cari semula kemanisan iman itu.Kuatlah sepertimana kita yang dahulu *penuh semangat time taip ni,serious okay* :D

Allahu'alam.Kalau ada silap minta dimaafkan ya ibuk ibuk bapa bapa 

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Monday 13 October 2014

Minta maaf



Makin lama makin payah kita nak discover diri kita sebab makin lama diri makin ego.Betul lah orang kata,manusia ni susah sangat nak menilai kesalahan diri sendiri,yang kita nampak hanyalah kesalahan dan kekurangan orang lain.Tak kurang juga dengan aku yang asyik nak cari salah orang sampai satu tahap dah tak ada siapa mampu tegur diri aku melainkan diri sendiri.

Maaf aku pinta pada mereka yang telah aku sakiti,maaf juga pada mereka yang mungkin follow perkembangan blog ni,entah lah.Kebelakangan ni dunia aku makin berserabut,apa yang membuatkan aku terfikir kembali tentang semua ni datangnya dari secebis perbualan yang mana aku rasa sumpah menyentapkan diri 100%.yang membuatkan aku terfikir 'betul jugak apa dia ni cakap'. 

"akak eylla ni kejap tweet suruh ingat Allah,cinta tak penting lah apa lah.Pastu dia sendiri selalu mengeluh kat twitter pasal lelaki"

Untuk seketika,aku berhenti sebentar,jauhkan diri dari semua,fikir kembali mana punca,mana salah dan silapnya,muhasabah diri,sampai bila nak harap orang lain tarbiyah kita.Pernah dengar tak satu quotes ni tak "Sometimes you have to be your own hero".

Pada mereka yang mengikuti perkembangan dan post post dalam blog ni mungkin sedar sesuatu.Back to the time when i was so tak-ambik-port-bab-bab-cintan,not even care about all those sweet thingy,all these trends, crush and all.But ya knoow,tadaaaaa,lately all the posts i posted is all about heartbroken,guys,crush and whatsoever that i never thot i ended up posted.Swallowing my pride asking for a forgiveness to all.Aku manusia biasa *sounds cliche* .Tapi betul juga,kalau saja aku boleh pilih untuk terus update post yang islamik,post yang membuatkan jiwa jiwa kalian bertambah kuat,sudah tentu aku pilih itu.

Aku tak pernah nak mengaku kesalahan sendiri,aku sering kali menyalahkan keadaan sekeliling.Namun sejenak berfikir,lihat saja ikan di lautan yang sedikit pun tidak terjejas dengan kemasinan air laut.Maka alasan aku terpengaruh dengan keadaan sekeliling adalah sama sekali tidak muasabah.

"Apa apa yang sedang berlaku pada diri kita datangnya dari perbuatan kita sendiri"

Bosan bukan dengar keluhan hati aku yang dari dulu gagal nak jadi baik.Aih,aku pun kadang kadang muak jugak dengan perangai sendiri.Tapi kalau bukan aku yang nak tolong diri sendiri,siapa lagi ? Aku percaya dan yakin dengan kata bijak pandai "Manusia yang berjaya itu bukan manusia yang tidak pernah jatuh tetapi manusia yang berusaha bangkit kembali sesudah jatuh".Jadi di sini aku nak mohon maaf pada semua,sekiranya kecelaruan identiti aku ni menimbulkan rasa "eee minah ni sumpah annoying,kejap islamik kejap heartbroken la bagai" Ye maafkan aku.Andai ada silap dan salah mohon beri teguran,sungguh aku percaya bahawa teguran itu datangnya dari Allah yang tak pernah berkurang kasih sayangNya pada hambaNya :) .Moga Allah rahmati kalian semua.Moga sama sama kita berusaha mengapai redhaNya.Doakan.



ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Thursday 25 September 2014

End of First Sem ! Bye 829


Alhamdulillah.


Tak sangkanya pejam celik pejam celik,sekarang tinggal 2 minggu lagi,maka berakhirlah first sem aku di cfs iium Petaling Jaya ni.So sepanjang 5 bulan aku kat sini macam macam aku dah hadapi.Ya Allah aku dah besar laaaaah.Eeeee tak sangkanya selama ni aku rasa life dekat asrama sangat tak best (tapi memang tak best pun,but hey look at bright side and syukur) i survived okay.Haha.

Entah lah bila fikir balik,walaupun 5 bulan je,tapi aku dah mula nampak perangai perangai sebenar classmates aku yang mulanya pendiam,malu malu.yessss the true colors of me pun reveal jugak.Seronoknya walaupun banyak kali kitorang gaduh,banyak kali condemn each other tapi end up little things macam ni lah yang buat kita ingat each other (in dendam way) joke joke.Rindu pulak dekat ustaz Hamimi,walaupun ustaz jarang cancel class -.- tapi class ustaz tak pernah tak best,tak sangka dalam 5 bulan ni macam macam benda jadi,aku nak tukar kelas lah,nak tukar bilik lah,nangis sebab lupa baca buku esok ada quiz,berlari ke kelas sebab dah lewat,padahal takde apa pun,kelas cancel kod hari tu ._. tergelak depan kelas masa presentation lah,macam macam lah.Sempat jugak kawan kawan aku ber crush sana sini.

Dekat sini aku belajar berdikari,bangun pagi sendiri,sediakan sarapan sendiri (simple one i meant) ,belajar uruskan masa sendiri,gunakan duit berjimat cermat,i know how to control my expense now yeaay,kat sini lah kita kena jadi jujur dengan diri kita.Dulu kalau dekat rumah,tak solat emak abah bising,kat sini kalau tak solat takde siapa kisah.Tapi kena lah selalu ingat,Allah sentiasa nampak apa kita buat,malaikat maut pulak sehari 70 kali datang jenguk kita,malaikat kiri kanan apatah lagi.

Alhamdulillah,walaupun banyak dugaan,banyak tangisan di malam hari (eh?) ,tapi aku mampu juga bertahan hingga ke saat ini.Sukar juga sebenarnya nak hadapi semua ni sebab ujian silih berganti.Dengan suasana baru,dengan perangai kawan kawan baru yang kau tak berapa nak selesa,dengan heartbroken nya lagi,dengan emotional breakdown nya.Apa aku mampu cakap,aku bersyukur sangat pada Allah sebab tak biar aku pergi terlalu jauh.Biarlah cerita lama itu berlalu,maafkan saja dan lupakanlah ,mungkin apa aku rasa ni mampu bantu aku perbaiki diri menjadi yang lebih baik.Siapa tahu?Allah kan Perancang Terbaik :D

Entahlah,kalau nak cerita semua,memang tak habis lah.Apa yang aku mampu rumuskan,hidup dekat universiti ni takdelah seromantik seindah yang kita tengok kat tv,adegan terjatuh buku dan tertinggal sapu tangan sangat fiksyen okay.Kadang kadang terfikir jugak orang cakap time ni lah nak kenal kenal,konon taaruf,mana lah tahu kod dia jodoh kita ke apa,ada betulnya jugak,tapi bila fikir balik,perbetulkan balik niat tu.Ingat kawan kawan ye,kita datang nak study bukan nak cari tulang rusuk belah kiri lah apa.Stay cool and sod ba ro.

Lately,aku rasa benda benda cinta ke apa ni semua,tak payah cari kod.Kalau ada jodoh,ada lah.It will happens jugak suatu hari nanti,in unexpected way.Put all your trust to Allah.Minta Allah jagakan dia baik baik.okay okay nampaknya eylla makin seronok bercerita bab ni.

So overall,lepas study week ni,aku nak final dah.Aku sebenarnya nak bagitahu,yang aku mungkin akan jarang muncul kat social networks semua ni.Aku nak utamakan yang mana patut aku pentingkan.Aku dah belajar macam macam.Moga aku istiqomah.

Ya Allah,moga dipermudahkan segalanya buat ku dan rakan rakan ku.Moga kami dapat lakukan yang terbaik.Goodluck group 829.Jika tak keberatan minta kalian doakan jugak tau.Terima kasih,may Allah bless ;)

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Thursday 4 September 2014

Ruginya aku

"Aku takkan online for a month"

Well,thot of not online-ing myself for a month.Kononlah~ 

Not even a day,aku dah rasa serba tak kena sebab tak online , 'alaaah aku nak kena check wassap class,nanti class cancel ke,tukar venue ke,haa' 'Eh kang kalau ada news aku ketinggalan pulak' , i came up w so many alasan.So i end up lupakan je niat tak nak online untuk sebulan.Entah lah kenapa,tiba tiba aku rasa malu dengan perangai sendiri.

emmmm

Maybe sebab aku dah attached sangat dengan social media semua ni....tapi bukan dengan Al quran? 

"You claimed yourself as muslim,but your action sometimes denied it" -Dr Alizaman,RKA lecturer. 

Betul jugak,baru sehari aku tak online aku dah serba tak kena,macam macam yang aku fikir kalau aku tak online.Sedangkan Al quran aku yang dah lama aku tak sentuh tu,aku relax je,tak rasa apa pun.Sedangkan kalau nak difikirkan balik,Al quran tu lah yang akan jadi peneman aku dalam kubur nanti,kalau aku selalu baca dia.Al quran tu lah yang akan tolong aku kat akhirat nanti.Kenapa aku up to date sangat dengan social media ni aku pun tak tahu lah.Nak difikirkan balik,takde apa pun yang aku dapat.Haih.Kalau nak di bandingkan,memang aku boleh diklasifikasikan sebagai orang yang sangat rugi.Malu kan bila Allah bagi masa 24 jam tapi tak sampai berapa minit aku spent untuk ingat Tuhan.Allah.Malu kan ?

Aku manusia biasa yang tak ada apa.kod.Yang bila diuji aku cari Dia.Yang bila aku bahagia dengan dunia aku hampir lupa mati.Aku takdelah islamik sangat,aku join usrah tapi aku tak digest apa yang disampaikan,aku masih gagal dalam menjaga pergaulan,pandangan,percakapan.Andai saja aku berurusan dengan manusia,pasti mereka sudah lali dengan aku yang asyik janji nak berubah tapi gagal berkali kali.Aku malu.



ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Sunday 20 July 2014

First experience (still finding a way)

Hi and Assalamualaikum ✌

Guess what ive joined usrah now,hewhewhew,i find its awkward when you kena join sekumpulan muslimahss yang obviously sopan sopan dan kau di situ kelihatan seperti seorang yg sangat tidak bermoral,sedih bukan? Ahaa but tu expectations aku je lah,sebenarnya semua bebiasa je.anyway,first tu right after akak usrah,alah apa org panggil ,naqibah kan,haa naqibah tu offer aku pergi masjid wilayah,i was like 'hmm aku nak ber jimba jimba kat pwtc alaaaa' tapi setelah difikir berkali kali dan setelah aku memujuk diri dengan sambil bermonolog 'shopping adalah pembaziran,dan membazir itu adalah perangai syaitoon',ceh ye ye je.Tak kisahlah,aku tekad nak pergi majlis ilmu ni.Dengan takde kawan nya,aku survive jela sorang sorang.

Then eh ter automatically dapat geng kat sana.Ya Allah i just met them tapi rasa macam serasi gila.Rasa taknak berpisah dah hahah k takdelah sampai macam tu sekali,tapi eee serious ah best kod dorang.Nama diorang Wafa,Alia,Afiqah dengan Syazwani.Mula mula kitorang ber saya awak,last last kau aku terus.hmm hmm hilang ketatasusilaan ._. Anyway aku ingat kitorg kitorg je yang joim rupanyaa perghh ramai nyaa orang,rasa seronok pulak bila tengok orang ramai mengimarakkan masjid.
 Then the whole day kitorang ada pengisian menarik,so okay pagi tu lepas sampai ada perasmian,lepastu ada forum ust zahazan dengan apa nama lagi sorg ustaz tu aku lupa,forum pasal taqwa ,then lepas solat zohor kitorang macam biasalah berjalan jalan tengok masjid kejap,lepas tu ada ceramah pasal gaza,time ni mata aku dah berat sangaaat dah,lepas tu aku tertidur kejap zzz,bangun bangun dah asar,lepas asar ada ceramah pastu bebas buat aktiviti masing masing.


  Tadaaaa aktiviti yang tak sah kalau tak buat ialah tangkap gambar banyak banyak (dari pelbagai sudut dan arah dan filter) and that part bila kau tak habis habis rasa 'eh masjid ni macam masjid kat Mekah kan ' when the fact is kau tak pernah pergi mekah pun,tapi instinct tu mengatakan macam masjid kat mekah,haha entah apa apa ntah aku ni ,tapi serious takde satu sudut pun yang aku rasa tak cantik dalam masjid ni,rasa tak puas bila tengok sekali je,rasa subhanallah kenapaa cantik sangat ni,rasa taknak balik cfs pun ada,sebab cfs tak secantik ini,heheh okay gurau gurau.But overall mmg masjid ni cantik sangat and aku kagum 24/7.hewhew.Lepas tu,lepas tangkap gambar semua,alhamdulillah iftooor,cuma kuciwa sikit sebab makanan habis bila turn aku dengan afiqah skuci,so share share lah,mcm ditakdirkan untuk share supaya ukhuwah itu menjadi lebih manis,wuuu ayat.Lepas solat terawih dari imam Gaza kod kalau tak silap,bacaan beliau
walaupun agak panjang panjang surahnya tapi best lah sebab bacaan dia merdu dan rasa tenang je dengar bacaan dalam solat tu,oh and haa after that kitorang pun siap siapkan diri,tidur kat masjid malam tu,port aku betul betul bawah lampu ._. ,senang sikit nak bangun malam ~ hihi

 Ni lah lampu yang aku maksudkan .
 Esoknya lepas qiam and sahur aku terjumpa dengan sorang akak ni,disebabkan keperamahan dalam diri,aku sembang dengan akak tu dalam setengah jam jugak lah,seronoknya dapat kenal dengan orang baru (sejak duduk cfs ni,agak sukar untuk berinteraksi dgn org luar) lewls .Then lepas solat subuh kitorang balik  :''( ,maka aku terpaksa tinggalkan masjid yang cantik dan sejuk ni,huhu,Alaaaa tapi tak kisahlah,aku rasa seronok sangat sebab dapat join iktikaf kat masjid wilayah ni.Walaupun sehari je tapi i can feel the calmness,ukhuwahness here.Ya Allah i feel blessed here ;) Alhamdulillah. okay so here gambar gambar yang aku sempat snap time kat sana.Sampai sini je laporan aku untuk 19/7 - 20/7 2014 ,selamaat tengok gambar yang cool kaliaan!  ^^Y








ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Tuesday 8 July 2014

Retak

Hai assalamualaikum

Alhamduillah dah genap sebulan aku duduk kat UIA PJ ni,macam macam juga cabaran,dugaan aku dah hadapi.Pada mulanya semuanya pahit,aku tak suka duduk hostel,where i have to share everything,where there's no privacy for me (need to share room) ,i got room at Mahallah Khadijah ,level 6 (where i have to bersempit sempit in lif),where i have to waited and queue up just to buy nasi campur,and ya Allah i seriously failed kawal my expenses.But yelah lama lama semuanya jadi makin baik dan aku rasa apa salahnya kalau aku cuba terima benda baru,jadikan pengalaman ni sebagai sesuatu yang mematangkan aku yang sememangnya bajet budak manja ni --''

Tapi dalam aku harungi kepahitan duduk dekat sini,ada seseorang yang senasib dengan aku,kami tak mampu nak hadapi ni sorang sorang,bezanya dia di UIA Gambang,Kuantan,aku pula di PJ.Dia selalu ada untuk aku,dan aku sebolehnya akan ada untuk dia,entah lah,mulanya aku dan dia dah berazam untuk kurangkan chat and all,since we have to focus in our study, eceh,but you know keperitan duduk hostel untuk kali pertama membuatkan kami lebih rapat,dan aku mula selesa dengan dia.

Aku juga manusia biasa,aku budak perempuan 18 tahun yang hidupnya dikelilingi kawan kawan yang ber 'crush', bf/gf,jujur aku katakan,aku tak mampu nak kawal perasaan yang sememangnya takkan bawa aku kemana buat masa ni.Bukankah hidup kita akan jadi lebih indah bila hadirnya seseorang yang faham kita seadanya. Tatkala aku sedih aku jatuh dan bangkit dia sentiasa ada untuk aku,entah kenapa aku rasa tak lengkap hari aku kalau aku tak contact dia,semua jadi makin indah,semuanya buat aku rasa bahagia n happy dan ya aku rasa takut kalau dia nak pergi jauh dari hidup akuEntah aku sendiri tak faham perasaan ini,maafkan aku duhai hati kerana sekali lagi mengizinkan kau untuk dilukai.Aku bukan tak cuba untuk lawan rasa ini,aku dah cuba tapi aku lemah.Untuk ke beribu kali aku gagal lagi.Sudah ada cinta dalam hati ini untuk dunia,aku tak rasa aku jauh dari Tuhan,aku rasa semuanya baik sahaja.Dia baik,dia suka cerita pasal kuliyah dia,ceramah2 dia,komik komik islamik dia,aku rasa dia seolah membantu aku membentuk diri.He's just cool

Hingga satu hari,dimana semuanya masih lagi indah dan dia secara drastiknya bertekad untuk pergi,aku faham niat dia,aku tahu apa maksudnya,aku tahu dia sedang perbaiki diri,dan cuba untuk menjaga batas pergaulan,mungkin sudah muncul rasa bersalah dalam dirinya,sedang dia bertegas menjaga batas pergaulan,aku ?aku tak mampu nak lakukan ini semua,aku masih leka mengejar cinta dunia,yang aku sendiri tak tahu apa kesudahannya.Aku sedih,hati aku retak,aku rasa kehilangan,hati aku pedih,walau sudah berkali aku menyatakan aku redha akan keputusannya,hati ini masih lagi pedih,Aku faham baik buruknya keputusan yang diambil,ini untuk kebaikan masing masing juga,cuma aku masih lagi terkejut dengan semua yang terjadi,seolah aku dipaksa untuk berhenti buat sesuatu yang sudah mula menjadi rutin buat aku.Seolah aku dipaksa melakukan sesuatu yang aku tak pernah terfikir akan terjadi pada aku.

Perlahan,dia mula menjauh dari cerita cinta dunia aku,aku sedar salah aku,salah kami,kini aku merangkak cari Tuhan,kini aku sedang bersusah payah mencantum serpihan hati yang sudah pecah semuanya,tipu jika aku katakan yang aku sudah kuat,tidak.aku masih lemah dan masih mencari erti kehidupan,sakit yang aku rasa ini biarlah menjadi pengubat dosaku,aku cuma berharap yang dia baik baik saja di sana,aku berdoa agar Tuhan sentiasa menjaga dia,aku berharap suatu hari nanti akan tiba waktu yang sesuai di mana semuanya akan kembali indah semula,Ya Allah terima kasih atas pertemuan ini,perasaan ini,sungguh aku tidak menyesal mengenalinya,terima kasih atas pengajaran yang ini,maafkan aku jika aku berkali jatuh atas sebab yang sama.Aku lemah dan masih lemah.Doakan aku bangkit.

Satu ayat yang tak mungkin aku lupa,katanya "Kalau kita buat sesuatu kerana Allah,kita takkan rasa sedih"

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Monday 19 May 2014

Future

Alhamdulillah

Setelah lama aku tak update blog aku yang macam zzz dan suram dan semuanya lah.Alhamdulillah, setelah berbulan result spm keluar,hari ni baru aku nak update pasal result aku,aku bersyukur dengan result yang aku peroleh. Tak sia sia jugak aku tukar kelas 4 kali masa form 4 dulu, menangis siang malam keliru nak masuk teknik ke or nak stay sekolah harian. Dilema betul aku masa naik form 4 hari tu. Berkat doa dan usaha semua orang.Alhamdulillah, aku dapat 8A's 1C , C itu adalah addmaths *alhamdulillah lulus T.T

So lepas dapat result spm,apa lagi yang aku tunggu.Yep ! Result upu,di saat manusia manusia lain sedang sibuk prepare barang untuk matriks,aku pula seperti biasa,keliru "eh nak masuk matriks ke haa,bestnya perlis,sama dengan classmates aku,tapi aku nak uia,mmm" macam ni lah hari hari aku yang membosankan berlalu pergi.Masa nak apply upu lagilah, aku pilih 8 ipta dengan courses yang aku sendiri tak tahu kenapa aku pilih courses tu.Sampaikan mak,akak,adik beradik aku jadi macam "Sukahati eylla lah,pilih jelah apa apa" Nampak kan diorang dah malas nak layan kekeliruan aku ._.

Setelah berkali kali aku tukar dan kemaskini pilihan courses dan universiti,tibalah hari yang ditunggu tunggu. Tadaaaaaa ! Alhamdulillah,dapat pilihan pertama, UIA, Asasi Sains Kemanusiaan.Aku budak akaun,dan hampir separuh jiwa aku tak suka akaun,hehehe so aku ambik keputusan nak lari dari sebarang nombor, ramai jugak persoalkan kenapa aku tak sambung matriks,jawapannya ialah aku tak minat akaun dan aku tak suka rushing,aku nak belajar relax relax je,pergh matriks setahun je kod,takut kecundang aku nanti ,tapi tak bermakna matriks tak bagus,matriks okay je,cuma mungkin tak sesuai buat aku yang pemalas ni.ok dah jangan bash.

Aku pilih human sciences sebab aku minat nak bercakap cakap ni,communication gitu,aku buat research nak dekat 2 3 bulan jugak lah,aku rasa human sciences ni macam seronok je,sebab ada psychology.Aku tak nak lah persoalkan tentang kerjaya dalam bidang human sciences ni,since ramai jugak yang bertanya " Human sciences tu course apa ? Kau nak kerja apa nanti ?",just go with the flow,ada kata boleh jadi motivator. Entah ,bagi aku,aku nak cuba je buat semua.Buat sungguh sungguh,tak payah fikir kerjaya sangat,habiskan belajar,minat bidang yang kau ambik,InshaAllah kau sendiri akan tahu apa kerjaya kau akan datang.Allah dah tetapkan rezeki masing masing.yang penting kau usaha lah sungguh sungguh.Hahaha sungguh aku kelihatan seperti manusia yang tak ada cita cita T.T

Tak kisahlah, sekarang ni tinggal lagi beberapa minggu je nak mendaftar kat UIA pj,tapi aku tak prepare apa pun lagi.Entah lah,bukan aku tak seronok atau tak bersyukur,cuma aku rasa tak best sebab,aku nak masuk uia dengan team kdr aku,tpi mungkin rezeki lain lain.Aku doakan satu hari nanti korang akan sambung degree kat UIA,dan nanti inshaAllah panjang umur,ada rezeki,ada jodoh kita jumpa lah.Yeaaay :D Rindunya lepas ni dah berpisah semuanya.Moga kalian di dalam lindungan Allah. Ailefyu, dan kepada kawan kawan aku yang dah masuk KPM aku doakan korang berjaya dunia akhirat,sayang semuanya . Perlis dah dekat dengan padang besar,senang aku nak order jersey lepas ni. ^^Y


ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Saturday 15 March 2014

Aku



Sudah jauh aku pergi.Moga Allah bantu tunjuk jalan. Astaghfirullah

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Thursday 6 February 2014

Suka

Hai

Since aku dah meningkat dewasa ni,aku macam mula terfikir pasal term of 'suka'.I mean macam alaah suka,suka lah.To be honest,this is awkward.

For me bila suka stg tu tak semestinya kena dimiliki.Maksudnya,sesetengah orang fikir bila kita suka orang tu,then kita kena couple dengan dia.Nope ! Seriously bukan macam tu okay.It would be better bila masing masing mendoakan satu sama lain agar dijaga hati mereka dan disatukan hati mereka dalam keredhaanNya and they secretly doing that.Haaa kan.Thats the real definition of sweetness,for me lah.kan kan ?

Sejujurnya.aku rasa aku dah tersuka seseorang.Seseorang yang aku rasa baik,ikhlas dan mempunyai ciri ciri seorang yang cool.Walaupun garang dan menjengkelkan,tapi dia seolah meneutralkan segala acid2 kehidupan.Okay.over nya aku,hew hew

Entah lah lately macam selalu je aku nak cari salah,kira macam aku ni agak merosakkan suasana jugak lah,emm entah.Kira macam dah tak best tau,yeah its me yg spoil everything tbh.Nampaknya ‘see u di ipt’ kini macam tinggal kenangan.Heh ._. Takpe,mungkin jodoh peretemuan kitorang di food court atau mungkin di mana2 lah, kan ? Amboi food court saje,drama sangat aku ni.Tak kisah lah.Moga Allah jaga dia.Rasanya aku patut bersyukur dengan dugaan ini,dan mampu mencari ruang perbaiki diri.Lagipun yelah,we still have a lot of things to be accomplished.Loooong journey to go ~~
Aku dah serik sebab selalu kalah dengan nafsu dalam diri yang beria ria cintakan manusia,padahal cinta Allah aku nak taknak je pandang.Cinta Allah,aku dah banyak kali jatuh dalam menuju cinta ni.Terkadang terfikir juga,apa mugkin aku tak layak untuk raih cinta Allah.But no,aku mana boleh give up,aku kena terus cari real definition of true love.Macam post post yang lalu aku pun pernah cakap pasal 'love' ni.So yup,let it happen naturally.

Dan,aku rasa love after marriage itu sebagai satu yang indah.kod lah.Tapi aku tak kata pun nak kahwin sekarang.Cuma inshaAllah,aku mengharapkan seorang jodoh yang melabuhkan tirai cintanya kepada Allah dan agamanya lebih dari cintanya kepada aku .Dan biarlah cinta itu cinta yang diredhaiNya dan mampu dibawa sehingga ke syurga.Amiin.Sound cliche,tapi emm entah lah,ni bukan cliche tau,ni macam impian sebenarnya.Okay dah lah tu.Habis dah.Apa apa pun,utamakan mana yang utama dahulu ye kawan-kawan. Hahtag note to self *keamanan*

p/s: Love will always hurt you if it's not for Allah.


ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Monday 3 February 2014

Syukur Alhamdulillah

--gambar tak ada motif-- 


"Orang tegur sikit,aku dah nak canang cerita sana sini,padahal betul kod apa dia cakap.Memang aku tak reti nak jaga pergaulan langsung"

Monolog ,aku memang suka overthink,lelagi kalau dah malam malam.senyap.sunyi--

Orang kata aku kuat overthink,tapi entah lah,bagi aku apa salahnya kalau aku nak overthink,kalau aku tak fikirkan pasal diri aku dengan lebih mendalam,then siapa lagi nak fikirkan ? So here, aku menyesal jugak lah,mula lah aku rasa diri jahat,hipokrit, rasa macam "Apa aku buat ni ?" .Aku patutnya bersyukur sebab ada manusia yang sudi tegur kekhilafan aku.Cuba kalau dia tak tweet mungkin juga sampai sekarang aku dok sibuk enjoy bergaul laki perempuan tak ingat dunia.Padahal aku sedia tahu kiri kanan ada yang mencatit dosa pahala.Astaghfirullah

Aku nak minta maaf,tapi segan.Sebab yelah kan,ish memang segan,lagi lagi sesama perempuan. Hamboi eylla.Tak maksudnya,memang aku segan.Korang kena faham perasaan aku ni.Hahaha.Tak apa lah,kalau kalau dia terbaca post ni.Aku nak minta maaf sebab dulu aku macam tak berpijak pada realiti hidup.Terima kasih,moga Allah balas jasa kau.Moga Allah sayang kau dan sentiasa bersama kau. 


.

Konklusinya,bila ada orang tegur kita kena terima,dan bersyukur,bak kata jass (best friend dunia akhirat,inshaAllah)

"LOOK AT THE BRIGHT SIDE AND SYUKUR"

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST

Friday 31 January 2014

"Ish menyampah"

Assalamualaikum

Hai warga blog,lama sudah tidak bersua. *senyuman paling manis semanis tebu di Perlis* -.-

So setelah beberapa bulan tak ada cerita,meh sini aku nak cerita sikit.Bukannya aku tak nak update,tapi tulah,aku nak update biar lah yang berisi sikit kan content nya tu.Berfaedah sikit,Dapat bagi pengajaran,dapat improve diri.Okay panjang betul description aku.

Macam ni lah.Masa mula-mula aku nak try berubah,aku terus sarung tudung beso.Pergi sekolah semua macam "Ferggggggh kau melampau! " "Fuyyyyo kau dah berubah lah,hahaha" Disebabkan aku heartless dan rasa macam"Eh lantak aku lah,aku nak berubah,kau diam"*dalam hati* So aku biarkan saja suara2 sumbang itu.Sampailah satu hari ni,aku nak ke lab,ya aku mengaku aku salah sebab tak jaga penampilan aku sebaiknya.I know that im not good enough,lagi2 dalam bab ikhtilat.Allah.Segan.

Aku jalan dengan kawan2 lelaki,classmates,bukan niat nak berdua duaan ke apa.Sebab memang selama ni pun kalau nak pergi lab ke,bilik seni ke,kitorang jalan memang beramai ramai.Lelaki perempuan campur je.I mean kadang2 tengah jalan sorang2 datang lah member lelaki ni cerita pasal homework tak siap lah apa.So secara tak sengaja memang akan jalan seiring lah kan.Tak kisahlah apa sekali alasan aku.Aku mengaku aku gagal dalam menjaga ikhtilat.

Balik tu sedang aku sibuk scroll twitter ke atas ke bawah
TADAAAA. Ada manusia yang aku kenali tweet

"Pakai tudung beso,tapi melayan gak lelaki keliling pinggang.Apa bezanya ?"

 *lebih kurang macam ni lah,aku dah lupa the real tweet.

Mungkin jugak dia tweet random,sekadar nak ingatkan semua.Tweet tu sebenarnya agak bagus tapi tu lah.Tweet tu seolah olah menampar,menumbuk,serta menghiris jiwa aku.Aku tak salahkan dia.Tapi dark side of me yang asyik bisik "Wey marah lah dia,marah lah dia.Benci lah dia benci lah dia" Dahsyat bukan ?
Okay fine,disebabkan aku lah yang makan cili,so masa tu rasa macam berasap je.Macam ISH minah ni jangan nak spoil lah kan.Apa kau fikir kau bagus sangat.Hekeleh.Pfffffftt *Dalam hati*

Biasalah masa ni mula-mula nak berubah,Takde kesabaran dalam diri,iman pulak secetek ceteknya,macam dah nak kering je.Perubahan aku pun belum selengkapnya.Esok pergi sekolah "Ish aku sedih lah macam ni.---- dia ni mengata aku,alah potpetpotpet" siibuk aku mengadu domba.Disebabkan ramai supporter,aku terasa dah menang kes ni. LOL tak,yang ini tipu semata mata.

*CASE CLOSED*

Tak ada lah closed mana,beberapa hari kemudian.Sebelum aku tidur,aku rasa macam serba salah lain macam pulak.Overthink punya overthink.

"Teruknya aku."
Bersambung

p/s : Nak sarapan,lapo

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST