Thursday 25 September 2014

End of First Sem ! Bye 829


Alhamdulillah.


Tak sangkanya pejam celik pejam celik,sekarang tinggal 2 minggu lagi,maka berakhirlah first sem aku di cfs iium Petaling Jaya ni.So sepanjang 5 bulan aku kat sini macam macam aku dah hadapi.Ya Allah aku dah besar laaaaah.Eeeee tak sangkanya selama ni aku rasa life dekat asrama sangat tak best (tapi memang tak best pun,but hey look at bright side and syukur) i survived okay.Haha.

Entah lah bila fikir balik,walaupun 5 bulan je,tapi aku dah mula nampak perangai perangai sebenar classmates aku yang mulanya pendiam,malu malu.yessss the true colors of me pun reveal jugak.Seronoknya walaupun banyak kali kitorang gaduh,banyak kali condemn each other tapi end up little things macam ni lah yang buat kita ingat each other (in dendam way) joke joke.Rindu pulak dekat ustaz Hamimi,walaupun ustaz jarang cancel class -.- tapi class ustaz tak pernah tak best,tak sangka dalam 5 bulan ni macam macam benda jadi,aku nak tukar kelas lah,nak tukar bilik lah,nangis sebab lupa baca buku esok ada quiz,berlari ke kelas sebab dah lewat,padahal takde apa pun,kelas cancel kod hari tu ._. tergelak depan kelas masa presentation lah,macam macam lah.Sempat jugak kawan kawan aku ber crush sana sini.

Dekat sini aku belajar berdikari,bangun pagi sendiri,sediakan sarapan sendiri (simple one i meant) ,belajar uruskan masa sendiri,gunakan duit berjimat cermat,i know how to control my expense now yeaay,kat sini lah kita kena jadi jujur dengan diri kita.Dulu kalau dekat rumah,tak solat emak abah bising,kat sini kalau tak solat takde siapa kisah.Tapi kena lah selalu ingat,Allah sentiasa nampak apa kita buat,malaikat maut pulak sehari 70 kali datang jenguk kita,malaikat kiri kanan apatah lagi.

Alhamdulillah,walaupun banyak dugaan,banyak tangisan di malam hari (eh?) ,tapi aku mampu juga bertahan hingga ke saat ini.Sukar juga sebenarnya nak hadapi semua ni sebab ujian silih berganti.Dengan suasana baru,dengan perangai kawan kawan baru yang kau tak berapa nak selesa,dengan heartbroken nya lagi,dengan emotional breakdown nya.Apa aku mampu cakap,aku bersyukur sangat pada Allah sebab tak biar aku pergi terlalu jauh.Biarlah cerita lama itu berlalu,maafkan saja dan lupakanlah ,mungkin apa aku rasa ni mampu bantu aku perbaiki diri menjadi yang lebih baik.Siapa tahu?Allah kan Perancang Terbaik :D

Entahlah,kalau nak cerita semua,memang tak habis lah.Apa yang aku mampu rumuskan,hidup dekat universiti ni takdelah seromantik seindah yang kita tengok kat tv,adegan terjatuh buku dan tertinggal sapu tangan sangat fiksyen okay.Kadang kadang terfikir jugak orang cakap time ni lah nak kenal kenal,konon taaruf,mana lah tahu kod dia jodoh kita ke apa,ada betulnya jugak,tapi bila fikir balik,perbetulkan balik niat tu.Ingat kawan kawan ye,kita datang nak study bukan nak cari tulang rusuk belah kiri lah apa.Stay cool and sod ba ro.

Lately,aku rasa benda benda cinta ke apa ni semua,tak payah cari kod.Kalau ada jodoh,ada lah.It will happens jugak suatu hari nanti,in unexpected way.Put all your trust to Allah.Minta Allah jagakan dia baik baik.okay okay nampaknya eylla makin seronok bercerita bab ni.

So overall,lepas study week ni,aku nak final dah.Aku sebenarnya nak bagitahu,yang aku mungkin akan jarang muncul kat social networks semua ni.Aku nak utamakan yang mana patut aku pentingkan.Aku dah belajar macam macam.Moga aku istiqomah.

Ya Allah,moga dipermudahkan segalanya buat ku dan rakan rakan ku.Moga kami dapat lakukan yang terbaik.Goodluck group 829.Jika tak keberatan minta kalian doakan jugak tau.Terima kasih,may Allah bless ;)

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST