Sunday 20 July 2014

First experience (still finding a way)

Hi and Assalamualaikum ✌

Guess what ive joined usrah now,hewhewhew,i find its awkward when you kena join sekumpulan muslimahss yang obviously sopan sopan dan kau di situ kelihatan seperti seorang yg sangat tidak bermoral,sedih bukan? Ahaa but tu expectations aku je lah,sebenarnya semua bebiasa je.anyway,first tu right after akak usrah,alah apa org panggil ,naqibah kan,haa naqibah tu offer aku pergi masjid wilayah,i was like 'hmm aku nak ber jimba jimba kat pwtc alaaaa' tapi setelah difikir berkali kali dan setelah aku memujuk diri dengan sambil bermonolog 'shopping adalah pembaziran,dan membazir itu adalah perangai syaitoon',ceh ye ye je.Tak kisahlah,aku tekad nak pergi majlis ilmu ni.Dengan takde kawan nya,aku survive jela sorang sorang.

Then eh ter automatically dapat geng kat sana.Ya Allah i just met them tapi rasa macam serasi gila.Rasa taknak berpisah dah hahah k takdelah sampai macam tu sekali,tapi eee serious ah best kod dorang.Nama diorang Wafa,Alia,Afiqah dengan Syazwani.Mula mula kitorang ber saya awak,last last kau aku terus.hmm hmm hilang ketatasusilaan ._. Anyway aku ingat kitorg kitorg je yang joim rupanyaa perghh ramai nyaa orang,rasa seronok pulak bila tengok orang ramai mengimarakkan masjid.
 Then the whole day kitorang ada pengisian menarik,so okay pagi tu lepas sampai ada perasmian,lepastu ada forum ust zahazan dengan apa nama lagi sorg ustaz tu aku lupa,forum pasal taqwa ,then lepas solat zohor kitorang macam biasalah berjalan jalan tengok masjid kejap,lepas tu ada ceramah pasal gaza,time ni mata aku dah berat sangaaat dah,lepas tu aku tertidur kejap zzz,bangun bangun dah asar,lepas asar ada ceramah pastu bebas buat aktiviti masing masing.


  Tadaaaa aktiviti yang tak sah kalau tak buat ialah tangkap gambar banyak banyak (dari pelbagai sudut dan arah dan filter) and that part bila kau tak habis habis rasa 'eh masjid ni macam masjid kat Mekah kan ' when the fact is kau tak pernah pergi mekah pun,tapi instinct tu mengatakan macam masjid kat mekah,haha entah apa apa ntah aku ni ,tapi serious takde satu sudut pun yang aku rasa tak cantik dalam masjid ni,rasa tak puas bila tengok sekali je,rasa subhanallah kenapaa cantik sangat ni,rasa taknak balik cfs pun ada,sebab cfs tak secantik ini,heheh okay gurau gurau.But overall mmg masjid ni cantik sangat and aku kagum 24/7.hewhew.Lepas tu,lepas tangkap gambar semua,alhamdulillah iftooor,cuma kuciwa sikit sebab makanan habis bila turn aku dengan afiqah skuci,so share share lah,mcm ditakdirkan untuk share supaya ukhuwah itu menjadi lebih manis,wuuu ayat.Lepas solat terawih dari imam Gaza kod kalau tak silap,bacaan beliau
walaupun agak panjang panjang surahnya tapi best lah sebab bacaan dia merdu dan rasa tenang je dengar bacaan dalam solat tu,oh and haa after that kitorang pun siap siapkan diri,tidur kat masjid malam tu,port aku betul betul bawah lampu ._. ,senang sikit nak bangun malam ~ hihi

 Ni lah lampu yang aku maksudkan .
 Esoknya lepas qiam and sahur aku terjumpa dengan sorang akak ni,disebabkan keperamahan dalam diri,aku sembang dengan akak tu dalam setengah jam jugak lah,seronoknya dapat kenal dengan orang baru (sejak duduk cfs ni,agak sukar untuk berinteraksi dgn org luar) lewls .Then lepas solat subuh kitorang balik  :''( ,maka aku terpaksa tinggalkan masjid yang cantik dan sejuk ni,huhu,Alaaaa tapi tak kisahlah,aku rasa seronok sangat sebab dapat join iktikaf kat masjid wilayah ni.Walaupun sehari je tapi i can feel the calmness,ukhuwahness here.Ya Allah i feel blessed here ;) Alhamdulillah. okay so here gambar gambar yang aku sempat snap time kat sana.Sampai sini je laporan aku untuk 19/7 - 20/7 2014 ,selamaat tengok gambar yang cool kaliaan!  ^^Y








ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST