Thursday 23 October 2014

Ujian--cool okay

Allah bagi ujian pada kita dengan bermacam macam cara.

Tapi apa aku nak tekankan kat sini ialah--

Manusia yg diuji dengan kata katanya sendiri.

Biasalah,manusia imannya turun naik.Kejap kita rasa bahagia sangat,kita yakin keimanan yg kita ada mampu buat kita rasa bahagia sebab masa tu kita sediri tak hairan dengan dunia ni.Tapi iman kalau tak dijaga maka surutlah ia.Kita mula rasa serba tak kena,rasa sedih,rasa tertekan.Rasa macam Allah tak sayang kita dah ke ? 


Boleh jadi dulu kita sangat hebat dalam perdebat isu aurat,tapi akhirnya kita sendiri yang mendedahkan aurat.Boleh jadi kita dulunya begitu arif tentang isu ikhtilat dan kelak akhirnya kita sendiri yang gagal menjaganya.Dulu tak kisahlah masalah percintaan,masalah hati sahabat sahabat kita,alah kacang je kita bagi nasihat kat mereka.Ya ingat Allah,dunia ini sementara,manusia itu menyakitkan,cinta manusia itu merosakkan,akhirnya diri sendiri yang terjerumus dalam cinta dunia semata.Dulu hebat sungguh kita mengulas isu isu ini akhirnya terkena pada batang hidung sendiri.Semua perkara ini terjadi tanpa sedar dan tidak sedar.

Mak pernah cakap "Orang yang paling pandai bagi nasihat selalunya adalah orang yang paling banyak masalah".Adakah kita tidak sedar akan perkara ini ? Kita adalah apa yang kita cakap.Yelah,dah hebat sangat bercakap,dah hebat sangat dalam bagi nasihat pada orang lain,maka aku sejenak berfikir,mungkin Allah nak uji aku dengan ujian yang sama,apa mungkin aku boleh lalui atau tidak.Fikir yang positif sahaja.Mula mula memang susah untuk kita hadapi tapi lama kelamaan alah bisa tegal biasa.Allah uji kita pada kelemahan kita.Bak kata Kak Aini "Allah akan lihat di mana kelemahan kita dan di situlah Allah akan uji kita"Andai kata kita lemah dalam soal hati,maka di situlah kita akan diuji,sama juga kalau kita lemah dalam soal aurat,ikhtilat,hukum hakam dan berbagainya ;)

Allah nak tengok macam mana kita laksanakan apa yang kita pernah katakan dahulu,apa yang pernah kita nasihatkan pada orang dahulu.Nampak tak sekarang ? Apa guna hanya pandai menabur kata tanpa membuktikan apa apa. Iniah masanya,kumpulkan balik semangat yang ada.Takkan dah mengaku kalah ? Berjuanglah untuk perbaiki diri.Cari semula kemanisan iman itu.Kuatlah sepertimana kita yang dahulu *penuh semangat time taip ni,serious okay* :D

Allahu'alam.Kalau ada silap minta dimaafkan ya ibuk ibuk bapa bapa 

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST