Wednesday 17 July 2013

Let's improve ourselves


Aurat ditayang sana sini.Mencarut merupakan kebiasaan.Bermanja-manjaan di sana sini.

Masa couple "If you'r all mine,i'm all yours"

Time break "Single itu indah.Kita kan ada Allah"

New relay "Awak adalah insan pertama yang bertakhta di hati saya" *upload gambar berdua*

dan begitulah seterusnya

Bukan nak kutuk ke apa.Ya baguslah kerana masih mengingati Allah.Remaja,aku,kau,kalian.Ya,remaja,bakal pemimpin negara,bakal pemimpin dunia ! Tak tahu malu ke ? Tayang aurat sana sini.berpeluk tanpa rasa malu.Bangga mendedahkan status sudah berpunya,kononnya till jannah,and forever .

Wahai perempuan,dia bukan selamanya akan berada di sisi awak.Jangan jadi macam madu,semasa mereka ingin mendapatkannya,bermacam cara dilakukan,tak kisahlah walau disengat lebah sekali pun.Tetapi ingat lah,habis madu sepah dibuang.Jangan fikir anda selamanya diperlukan.Kalau benar 'si dia' sayangkan anda.NO ! HE WONT DARE TO TOUCH YOU.Oh clichenya minah ni.Pegang tangan je pun.Astaghfiirullah.Adakah hanya babi yang haram dipegang,disentuh ?.Berpegangan tangan,bersentuhan antara yang bukan mahram(sengaja) adalah jauh lebih teruk lagi hina dari memegang seekor babi.Faham ? Kerana,kotornya kotoran babi itu masih boleh disucikan (bukan bertaubat).Memegang babi bukanlah satu maksiat. Tetapi bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram dikira sebagai maksiat.Naudzubillah.Harap-harap kalian yang membaca tidak seperti ini.Jagalah auratmu wahai Hawa,kasihanilah ayah dan adik beradik lelakimu.Tak sedih ke,tengok diorang solat pagi petang siang malam,akhirnya kena tarik masuk neraka disebabkan kita ? Ouh boyfriend,crush semua tu tahu pula nak sayang.Kita kan sama-sama perempuan,bukankah lebih manis seandainya kita simpan keindahan kita hanya pada yang halal.Ewah ._. Okay dah.Seeloknya buang istilah 'couple' daripada kamus hidup kita.Tiada cinta yang lebih agung melainkan cinta selepas bernikah :)

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)”
 
Wahai lelaki,anda mengimpikan seorang isteri yang indah rupanya,juga indah akhlaknya.Anda mengimpikan seorang makmum,seorang ibu yang mampu menjaga anak-anakmu kelak.Fikir sejenak.Adakah anda layak?
Sedang aurat sendiri tak mampu untuk dijaga dengan elok,masih lagi anda mengimpikan seorang perempuan yang tertutup rapi semata mata ingin menjaga auratnya.Realistik wahai Adam.You freehair lagi lawa kod.Lawa dunia siapa heran bro ? C'mon.Kau suka dia? Kau sayang dia? Simpan duit dari sekarang,esok lusa datang cara elok masuk meminang.Nikah.Senang.Allah suka,kau pun tak payah nak tanggung dosa maksiat.Nikmat dunia dapat,inshaAllah nikmat syurga pun dapat.

Kesimpulannya,pintu taubat masih belum tertutup.Sujud,Dia dengar.Dia nampak.Sayang Allah,sayang Rasulullah,sayang mak ayah dulu baru fikir nak bersayang sayang dengan yang lain.Tak salah berkasih sayang,tetapi biarlah dengan cara yang betul,saling mengingatkan.Sedarlah kalian,kita adalah pendosa,dari menangis mengenang kisah cinta manusia yang tak sudah,adalah lebih baik mengenang dosa,berusaha mencari redha Allah.Akhir kata,maaf kalau berlebihan,sebarang teguran amat diharapkan.

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST