Saturday 2 February 2013

Cinta :)



Hye :)

Post kali ni membuatkan aku rasa sedikit excited sebenarnya.Hihihi

Cinta ? Once we talk about love,the first thought came out is "Boyfriends,girlfriends,crushes" Ehem,i need someone that got me well here :p,Be open minded.

Cinta boleh bimbing kita ke arah kebaikan,cinta pelengkap hari-hari kita juga pemusnah hari-hari kita,siapa kata aku tak suka cinta ? .Manusia hari ini sangat obses pada CINTA.Cinta adalah sebahagian hidup,cinta ibarat darah yang sentiasa mengalir,cinta itu degupan jantung,cinta itu setiap hembus nafas dan cinta itu indah.Kalau macam tu kenapa masih ada manusia benci cinta ? Jangan salahkan cinta,salahkan manusia yang merosakkan istilah cinta itu.Kadang-kadang cinta buat kita terleka,cinta itu pencetus maksiat,kita sendiri tak faham definisi cinta itu apa.Cinta tu apa ? Untuk siapa ? Kenapa kena ada rasa cinta ?

Bila manusia salah tafsir,macam-macam kebodohan dilakukannya.Manusia,cinta itu suatu perasaan di mana kita sayang dan menyayangi antara satu sama lain,suatu perasaan di mana terhasil suatu ketaatan di dalamnya.Haaa meh,ambik ayat mudah sudah.Bila kita ada rasa cinta,kita akan rasa setia dan kasih terhadap sesuatu atau seseorang itu.Sejujurnya aku pernah rasa perasaan ini.Cinta akan manusia.Indahnya siapa yang tahu.Rasa bahagia tak terhingga.Terasa bangga diri disanjungi dan disayangi.Sampailah aku rasa keperitan cinta manusia,tersedar aku bahawa cinta manusia tidak memberi apa-apa jaminan kebahagiaan selamanya,hanya nafsu dan sementara .So i moved to cinta akan kebendaan.Hidup aku bahagia pada mulanya,sehinggalah nikmat ditarik sedikit demi sedikit.Konklusinya,cinta pada kebendaan juga tiada jaminan.Aku mula berfikir.

Cinta ni untuk siapa ? Kalau semua tak bagi kebahagiaan,kenapa Allah bagi aku rasa cinta ? Tertampar aku dengan soalan sendiri. ''Kau tahu siapa Pencipta cinta,tapi tak pernah beri Dia cintamu" Jahilnya kita.Allah itu lah jawapannya.Dia lah Cinta kita,Rasul itu,iba bapa itu.Siapa mereka ? Mereka lah objektif cinta diciptakan,untuk mereka lah rasa cinta itu.Yakinlah,bila kita cinta Allah,cinta pada manusia tak lagi berlaku kejam.Cinta akan kebendaan tak semuanya merosakkan.Cinta Allah itu luas,sangat luas.tetapi kejahilan manusia sentiasa memilih cinta yang salah.Kenapa perlu cinta orang yang tak semestinya mencintai kita,sedangkan Allah telah menawarkan cintaNya pada kita ? Ambil masa seketika,sedarlah !

"Cinta manusia sementara,cinta bunga akan layu.cinta Allah kekal selamanya"

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST