Friday 22 February 2013

Hidayah Allah


"Aku bukan tak nak pakai tudung,it just,biarlah aku berubah dengan hati yang ikhlas,pakai tudung tapi hipokrit buat apa kan ? "


Macam ni lah,kita pentingkan hiporit pada diri,atau hipokrit pada agama ?

Hipokrit (diri) ?
Hipokrit pada diri tu macam ni "Biarlah orang nak kata aku pakai seksi ke,nak kata aku ni ramai boyfriend ke,nak kata aku bodoh ke ,apa aku kisah ? THIS'S MY LIFE.I DECIDE.At least aku tak hipokrit" --' Dia merasakan seolah jika dia melanggar aturan hidupnya,maka dia lemah.
Hipokrit (agama) ?
Apabila ditanya agamanya,dia mengaku islam.Apabila ditanya siapa Tuhannya.Allah.Dia tahu apa itu islam,Dia tahu hukum hakam.Dia tahu halal haram.Tapi. . . . tak laksanakan perintah Allah.Tak takut halal haram,sebab takut berlaku hipokrit pada diri.Tak nak digelar hipokit di mata manusia.

Sejujurnya.dia adalah seorang yang HIPOKRIT ! Sangat hipokrit pada agamanya,bermakna hipokrit pada dirinya sendiri.Kenapa mengaku diri islam tapi tak patuh arahan,tak nak penuhkan kewajiban.Kenapa langgar larangan,kenapa tak buat apa Allah suruh ? Tanya diri sendiri.Jujur itu perlu.Itu bukan hipokrit ke ? Contoh lebih jelas "Aku islam" tapi pakaian. Wuhuuuuu ~~ :O *even aku yang perempuan ni malu tengok wey -.- "Aku islam" tapi cara percakapan "Woi *^%$$#$#$%@$#$%$%^5 " .Tak ingat Allah ke ? Tak takut Allah ke ? Malaikat maut hari-hari datang jenguk kita.Entah-entah sekarang ni dia ada dekat sebelah kita.Astaghfirullah.Astgahfirullah.Astaghfirullah.Kita hidup biar saling mengingati.

Kita selalu cakap"Dia dah berubah,dah dapat hidayah lah tu.Aku ni entah bila lah nak dapat hidayah"
Ingin ditekankan di sini. HIDAYAH PERLU DICARI BUKAN DINANTI.Macam duit jugak.merungut tiada duit tapi kita tak buat apa-apa.Merungutlah beribu kali pun,mustahil duit itu akan datang dengan sendirinya.Hidup perlukan usaha.Kita tak puas hati lagi "Kalau Allah tu nak bagi hidayah,bila-bila masa Dia boleh bagi wey" Haaaa okay betul.Tapi kalau dah hari-hari cakap benda kotor,jiwa akan sebati dengan apa yang kita lakukan.Hati pun jadi kering,macam mana nak terima hidayah dengan mudah.
Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.

Diam seketika.Ingat kembali.Allah berikan kita nikmat Islam.Kenapa tak nak hargai ? Allah dah bagi akal,kenapa tak nak guna ? Astaghfirullah :')

p/s : Penulisan bukan bermakna diri dah cukup bagus,sekadar perkongsian dan peringatan kepada diri.Maf andai terkasar bahasa.Salam

rujukan : iloveislam

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST