Saturday 16 February 2013

Jodoh ^^

Assalamualaikum


Jodoh ?

So here,aku budak tingkatan 5.aku budak perempuan biasa.Aku tahu jodoh tu apa,cuma aku tak tahu jodoh aku siapa.C'mon aku baru tingkatan 5 kod.Be chill.hihihi :D


Jodoh tu apa ?
Jodoh tu pasangan yang akan temani kita sepanjang perjalanan hidup kita.Dunia akhirat.Tak kehidupan dunia,jumpa dekat akhirat nanti.Jodoh itu ketentuan.Tapi berkat usaha,inshaAllah dapat jodoh yang diidamkan.
Kalau macam tu kenapa masih ada mereka yang ber"couple" ?
Sebab mereka tak yakin dengan ketentuan Allah.kod,atau mungkin juga mereka merasakan itu usaha mereka untuk mendapatkan jodoh terbaik.Ouh c'mon.Itu cliche.Itu bukan caranya
Kalau couple islamik.
Bila lelaki perempuan,masing-masing ada perasaan,24/7 fikir pasangan yang bukan mahram.Itu zina.Zina hati.Pergaulan lelaki perempuan,kalau salah bergaul,itu ikhtilat.Islamik ? Sejauh mana istilah islamik tu diamalkan ? Jujur pada diri.
Tadi kata,kalau usaha,kita dapat jodoh diidamkan.Couple itu bukan usaha ke ?
Ya benar.So here


Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT :

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat......
"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.......
"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah............

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi :
"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"
"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."
"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.
"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.
"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.
"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.
"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan.....

(Sumber: Hadis Kudsi).

Fahamkan hadis di atas. Ya DOA.Doa mampu mengubah takdir.Takdir itu apa ? Takdir itu ketentuan.Ketentuan ? Ya.dan jodoh itu adalah ketentuan.Bila kita suka seseorang,cinta seseorang,rindu seseorang.Berdoalah.Kita tak tahu sama ada dia cukup baik atau tak untuk kita.Oleh itu,tanyalah pada Pencipta Hati mereka.Allah SWT.Mudah kan.Percayalah.bila kita serahkan semuanya pada Allah,semuanya pasti jadi indah.Dan,sudah sudahlah bercouple tu.Itu bukan jalan terbaik.Jika benar dia jodohmu,cukup sekadar kenang dia dalam doamu.Dan jangan sesekali kamu letakkan mereka yang kamu cinta atas dari Tuhan mu.Bercinta kerana Allah.Subhanallah.
p/s :Penulisan bukan untuk mengutuk atau merasakan diri sudah cukup bagus.Penulisan kerana Allah,dan sebagai peringatan kepada diri sendiri.Maaf andai terkasar bahasa :)


ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST