Thursday 14 February 2013

Soalan


Assalamualaikum

Siapa kata hidup ini senang ? Aku dah banyak kali cuba,manusia cakap kalau aku usaha,aku dapat.Aku terus berusaha,usaha aku 'dihiasi' dengan ejekan,tangisan,gurauan.Hidup aku tak seindah yang disangka.Luaran aku,senyuman itu.Gelak tawa itu.Kawan-kawan kata aku penyeri suasana.Kawan-kawan kata aku pandai berjenaka.Dusta.Aku adalah aku.Hidup aku siapa yang tahu.Aku ada keluarga yang sangat memahami.Aku ada kawan-kawan pelengkap hari.
.
.
dan aku mempunyai hati yang masih tercari-cari erti nilai hidup sebenar.

Bukan mengeluh cari simpati,cuma luahan puaskan hati.

Perasaan itu fitrah kan ? Rupa itu wajib kah ? Hati itu milik Allah.Kenapa dengan aku ?! .Aku tak faham dengan dunia ini.Aku tak faham isinya sekali.Aku kenal PenciptaNya sahaja.Cuma,aku ingin bertanya.

Adakah ini dugaannya ? Bagaimana aku nak hadapinya ? Mahukan Allah terima aku ? Mengapa hidup ini susah ? Adakah kerana Allah sayangkan aku ? Atau mungkin menguji keimanan aku yang sekecil zarah ? Mungkin juga kerana kekhilafan silam aku ? Aku sedang membayar perbuatan aku dahulu ke ? Tidak mengapa,kelak jawapannya akan aku peroleh juga. :')

Atas bawah atas bawah.Hidup macam roda.Aku rela berada di bawah daripada berada di atas,dipuja sampai aku lupa siapa Pencipta.Aku redha dengan segala ketentuan.Aku tak minta agar kepayahan ini dihilangkan,aku cuma mohon agar Dia sudi bersama dengan aku,memberi kekuatan hingga aku mampu hadapi semua ini.Ya Allah kuatkan aku.Kuatkan aku.

ASTAGHFIRULLAH FOR MY PAST